.....Kelapa atau Mutiara....
...Artikel ini khas untuk wanita-wanita di luar sana...
Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang...
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. mudah diperoleh... diparut..
diperah.. dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi
mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Berusaha menyelami dasar
lautan.. Dapat memperolehnya.. Harganya mahal sekali.. Dan ia akan
tersimpan selamanya.. Jadi.. Kamu pilihlah samaada hendak menjadi kelapa
ataupun mutiara..
Di sebalik santan.. menjadi
penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh
menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa
habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat
hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi
perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya
ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin
idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama
mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..
OLEH ITU..TENTUKAN
YANG MANA SATU PILIHAN.. Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi
hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan
pujian.. Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah
gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar